dpelawi wrote:
Masalah ini sudah banyak dibahas ditempat lain.
Coba anda lihat di :
www.sarapanpagi.org/silsilah-vt3020.html
Di dalam link yang kamu berikan itu, saya telah lama dahulu melihat tulisan-tulisan tersebut. Apa yang saya ialah tiada satupun tulisantersebut yang menjawab persoalan yang saya kemukakan itu. Di dalam tulisan-tulisan tersebut saya dapati terdapat satu persoalan yang menyamai persoalan yang saya kemukakan iaitu diquoting di bawah.
2. Berapa nama silsilah dari Abraham sampai dengan Daud ?
a. Lukas mencatat 15 nama dari Daud sampai dengan Yesus.
b. Matius hanya mencatat 14 nama dari Daud sampai dengan Yesus.
kontradiksi-perjanjian-baru-vt543.html#p1001
Namun terdapat kesalahan dalam persoalan yang diquotingkan itu. Sepatutnya
a. Lukas mencatatkan 15 nama dari Abraham sampai ke Daud
b. Matius hanya mencatatkan 14 nama dari Abraham sampai ke Daud.
Namun apabila memperlihatkan jawapan yang telah diberikan, makanya saya dapati jawapan tersebut tidakpun menyentuh persoalan yang dikemukakan itu. Kerana apa? Kerana jawapanyang diberikan adalah berkisar silsilah Jesus bermula daripada Daud hingga Jesus yang terpecah dua melalui Soloma dan Natan yang membawa kepada silsilah Mariam, sebelah ibu dan Yusuf, sebelah bapa. Pada hal jika dilihat silsilah Jesus dari Abraham hingga Daud, silsilah itu tidak terpecah kepada dua garis keturunan. Justeru jawapan yang diberikan itu tidak sedikitpun menjelaskan peroslan yang saya kemukakan itu.
Jika kamu beranggapan jawapan yang diberikan itu sudah menjelaskan persoalan yang saya kemukakan, maka saya ingin kamu memberikan jawapan kepada persoalan ini iaitu siapakah anak kepada Arni@Ram? Kerana jika menurut Lukas ianya adalah Admin, maka jika menurut Matius ianya adalah Aminadab? Justeru bagi kamu siapakah anak kepada Arni@Ram?
dpelawi wrote:
Penekanan :
(ii) Silsilah sebagai sumber kronologis. Beberapa silsilah dalam PL dan PB (bandingkan Matius 1:1 dengan 1:2-17), tidak mencantumkan beberapa angkatan. Umpamanya dalam daftar keturunan Harun, Ezra 7:1- 5 dihilangkan 6 nama yang terdapat dalam 1 Tawarikh 6:3-14. Hal ini dapat dimengerti karena kata BEN tidak hanya berarti anak dari, tapi 'cucu dari' dan 'keturunan'.
Justeru mari kita applykan penekanan tersebut kepada permasalahan yang saya kemukakan itu, iaitu hanya daripada Arni@Ram hingga Aminadab sahaja. Apakah kamu beranggapan Matius tidak mencantumkan satu angkatan iaitu Admin antara Arni dan Aminadab itu, menyebabkan beliau hanya menuliskan Ram memperanakkan Aminadab?
Adakah pula kamu beranggapan Lukas mencantumkan angkatan Admin itu menyebabkan Lukas menuliskan Arni@Ram, Admin, Aminadab?
Adakah begitu yang kamu maksudkan? Sila jawab persoalan saya ini.